15 January 2011

"Y.S

Demi kitab keempat yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang terpasak kukuh.

Sesungguhnya, Engkau Yang Terpuji adalah penyampai dari 25 yang diturunkan.

Yang tak pernah terpesak dari jalan lurus itu.

Kitab keempat itu, diturunkan,

supaya engkau memberi amaran kepada bani yang mana nenek moyangnya telah lama tidak diberi peringatan, dan sebab itulah mereka alpa.

Demi sesungguhnya, telah jatuh hukuman kepada kebanyakan mereka, kerana ungkalnya mereka.

Kami jadikan kesombongan dan ungkal itu sebagai belenggu yang menangkap kedua tangan mereka ke batang leher mereka sehingga mereka terdongak memandang langit.

Dan Kami jadikan sifat tamak mereka itu sebagai batu penghalang mata hati mereka dari keburukan di hadapan mereka, dan persediaan azab di belakang mereka. Lalu ditutup mata mereka, maka dengan itu mereka tidak dapat melihat."

Versi ini, aku ulang-ulang sehingga pekat. Aku hafalkan buminya, nanti senang aku bacakan syurganya.

Oh, betapa aku mahukan hilang dari pandangan semua.