10 January 2011

"Dia tak suka kau la tu..."

Kata perempuan tua itu, selamba, sambil menggosok pakaian kerjanya. Dia kerja pagi keesokan harinya.

"Eh, tak kot. Maybe, she's just avoiding me because she's busy."

Lelaki itu cuba menidakkan telahan perempuan tua itu.

Lelaki itu tersenyum membaca SMS dari 'dia' yang mereka sedang bualkan sekarang. Malas dia mahu fikirkan sangat apa yang perempuan tua itu cakap. Menyakitkan hati sahaja kadang-kala.


Manakala perempuan tua itu, mengemas kembali seterika, menggantung pakaiannya, dan keluar dari situ.

Diam. Selamba.

Tanpa lelaki itu sedari, kata-kata perempuan tua itu adalah benar.

Perempuan tua itu kenal baik buruk lelaki itu. Yang tahu, kenapa mesti lelaki itu disukai atau dibenci orang. Setiap cela pada segenap inci tubuh lelaki itu, perempuan tua tahu. Setiap perangai lelaki itu, yang mulia atau yang keji, perempuan tua kenal.

Kerana perempuan tua itu,

ialah ibunya.