30 March 2011

biar aku kongsi sesuatu di sini.

hidup aku membosankan.

iya, aku seorang yang sering dilanda kebosanan. dan aku seorang yang membosankan. ada beza.

aku tak main permainan video,
aku tak baca manga,
aku tak rajin belajar,
aku tak minat politik,
aku tak faham muzik,
aku tak pandai fotografi,
aku tak ada dua telefon bimbit yang aku perlu periksa setiap lima minit untuk pastikan samada terdapat SMS atau tidak.

aku tak : banyak lagi.

serius, aku sendiri akui, susah untuk buat aku obses.

tapi bila aku sudah mulai obses dengan sesuatu,

aku genggam. tak mahu lepas.

tapi kebelakangan ini aku baru sahaja terjumpa dengan sesuatu yang aku genggam erat. yang aku tatang kejap. aku buangkan semua, dan kemudian aku doktrinkan sendiri dalam otak kiri dan kanan, aku obses dengan yang ini.

dan tanpa aku duga, aku kehilangannya.


jadi jangan ajarkan aku satu apa pun.


tolong. aku serik.