03 April 2011

Ada sesuatu yang menarik dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.

Atau sekurang-kurangnya, itu yang aku fikir.

Tunggu sebentar ya, aku mahu cari cangkir.

Cari kopi, cari gula.

Aku mahu melihat semua yang menarik ini, sambil menghirup kopi panas berasap.

Ke mana arah asap itu pergi, aku tak pernah kisah.

Apa yang aku harapkan? Tak perlulah aku nyatakan di sini.

Aku cuma mahu melihat sahaja.

Dan tolong, jangan buat aku kecewa. Kamu tahu apa maksud aku.

Kan?