Nostradamus.
Dia memberi amaran kematian kepada Raja Henry II, dia berkata tentang Napoleon, dia sebut tentang London 1666, dia ramalkan kelahiran dan penguasaan Hitler, dia jangkakan Perang Dunia II, dia lihat pembunuhan Kennedy, dia tulis tentang 11 September, dia ramal Perang Dunia III, dan dia menerangkan hari penamat bagi Bumi.
Malah, Nostradamus turut meramal kematiannya sendiri.
Bukan cuba menjadi skeptikal, hipotikal, atau analitikal, tetapi aku pernah pelik.
Kenapa semua yang ditulis Nostradamus, semua tentang kehancuran?
Adakah dia pemberita kehancuran? Penyampai kepada Malaikat Maut? Kelahiran belum bermula, dia sudah meramal kematian. Permainan belum bermula, dia jangkakan penamat.
Pesimistik?
Tapi sekarang, aku tak pelik lagi.
Yang dia nampak mungkin kedua berita, kehancuran dan keharmonian. Tapi jika dia tulis tentang keharmonian sebelum ia berlaku, keharmonian itu mungkin takkan pernah wujud. Sikap manusia sukar diramal. Akan sentiasa ada yang ingin menghancurkan keharmonian.
Jadi, Nostradamus beritakan tentang kehancuran sahaja. Bukan pesimistik, cuma sebagai amaran awal.
Jangan jadi seperti Raja Henry II!!