22 December 2010

Aku kasihankan melihat yang berdua itu. Ya, berdua yang kebanyakan masa mereka tinggal di dalam kotak empat segi ini. Kesunyian, ditinggalkan yang enam.

Dan seorang penari kecil.

Antara berdua itu, seorang baru sahaja ditahan hospital. Darah tinggi naik. Kata doktor, dia patut berehat.

Seorang lagi, terpaksa mengambil cuti keesokan harinya, untuk menjaga si sakit.

Hari ini, mereka berdua kembali berjumpa dengan masalah, bercerita dengan masalah, berdiskusi dengan masalah.

Harapnya, antara yang enam, aku tidak berada dalam baur masalah itu.

Dan Januari semakin hampir, menjauhkan aku kembali dari yang berdua ini.