23 October 2010

Sudah beberapa acara rasanya, matahari yang datang membawa seribu cahaya untuk aku nikmati beruntungnya eksistensialisme marhaen seperti aku. Kau. Kita.

Tapi selalunya aku tutup rapat tirai itu, seperti memusuhi matahari yang datang ceria. Bahkan meletakkan tangan di hadapan kelopak, seakan kehadirannya membawa bencana.

Bodoh, bukan?

Bodoh.

Kerana setiap kali aku buka mata, aku akan berkata;

"Ah, hari ini pun aku kufur. Esok kau masih ada, bukan?"

Tanpa aku sedari, perancangan untuk esok bukanlah milik aku.

Bodoh.