23 October 2010

Saat dia berkata jiwanya hanya untuk engkau, itu adalah titik paling kuat untuk kau jatuhkan dia, tanpa sempat dia menjawab sepatah pun. Dia mungkin akan jatuh, tapi kemudian akan terus berlari kencang mencari angin.

Tapi kau simpan.

Sekarang situasinya sama, cuma jiwanya lebih lemah, sehinggakan kau tak sanggup untuk menolaknya. Kerana jatuh itu pasti, bangun belum tentu. Kau simpati.

Kau masih simpan.

Masa akan datang, dia akan menjadi begitu hina pada kau. Jiwanya kosong, dan kau boleh manipulasi sesuka hati. Katanya kau pangkah bulat bulat, kata kau dia angguk laju laju.

Kau terus simpan, walaupun sebenarnya, dia dah mati.

Puas lah hati kau.



*celaka, aku dah berjanji tak akan tulis tentang ini*