25 December 2010

Dalam satu cerita, ia dijadikan dari api, satu lagi dari cahaya, satu lagi dari tanah. Ia merasakan dirinya lebih tinggi dari yang lain. Lalu ia mungkar, subversif.

Dalam cerita lain, ia adalah bintang yang jatuh. Malaikat yang tercela. Dicampakkan serendah-rendah darjat kerana ungkalnya.

Satu lagi cerita, ia bernama Ha Satan, nama asal dari huruf Ibrani, yang tugasnya ialah menyesatkan seluruh penduduk syurga, menjadi musuh kepada Tuhan.

Ia berusaha menjatuhkan umat manusia. Menjauhkan makhluk dengan Pencipta atau musuhnya sejak turun temurun.

Dari Adam, kepada Job, kepada Judas. Kepada Al-Masih.

Dan di akhir zaman, akan dia akan turunkan dua pengikut setianya sebagai persediaan menentang Al-Masih, seteru lama yang diangkat tinggi oleh Tuhan.

Satu pengikutnya dari daratan, sebagai Nabi Palsu, satu lagi dari lautan, dipanggil Dajjal.

Keduanya akan menguasai seluruhnya manusia, dengan Dajjal memegang takhta, dan dibantu Nabi Palsu yang menghuni serambi.

Disertakan bersama empat askar berkuda. Kuda Merah membawa perang, Kuda Hitam membawa kebuluran, Kuda Hijau membawa bencana, dan Kuda Putih adalah pemimpin segala kejahatan.

Dajjal yang berjaya menyatukan manusia di bawah satu kerajaan dan satu agama, akhirnya dihuni oleh pemimpinnya sendiri.

Iaitu Syaitan.

Sekonyong-konyong, Al Masih turun, dan bertitah, "Akulah messiah mu!!"

Pada masa itu, kita akan tertanya-tanya,

"Siapakah yang patut aku junjung?"

"Apakah aku di jalan yang benar?"