25 November 2010

Jika senyum itu ubat, kau ubatkan.

Jika senyum itu sedekah, kau ikhlaskan.

Jika senyum itu bahagia, kau gembirakan.

Tapi,
jika senyum itu tawar, kau sembunyikan.

Sakitnya, bukan bahu kau seorang yang rasa.
Mata ini yang melihat, dan hati ini yang menyayang, turut pedih.

Sangat pedih. Bukan kerana melihat kau yang masih berusaha,

tapi kerana terkenang diri yang masih berkiblatkan sendiri.

Mengharap ubat itu, mengemis sedekah itu, dan mengejar kebahagiaan sementara itu.