25 October 2010

Sampai bila semua orang akan terusan berpura-pura?
Demi menjaga hati aku? Tahi lah.

Aku lebih suka orang berterus terang, kerana hati aku tak perlu dijaga.
Kan lebih senang berterus terang.
Aku akan faham, kau akan tenang.

Hendak aku habiskan lagi setahun dua menghadap persoalan yang sama?

Sekali lagi aku tegaskan di sini,

AKU ADALAH ANTARA ORANG YANG MANA HATINYA TAK PERLU DIJAGA.

Sumpah, aku kebal. Tak percaya?
Aku cabar kau. Cubalah.

Kalau khabar gembira, aku akan melonjak.
Kalau sebaliknya, mungkin aku akan terpana hari ini,
tapi esoknya aku akan tersenyum puas dengan jawapan kau.
Kau bijak menjawab, pernah aku berkerut dahi dengan kata kata kau?

Tak pernah. Betul.

Dan tak perlu rasa bersalah.
Sebab yang satu ini, aku yang minta.
Cuma satu.

Terus terang.