"Kenapa agaknya, manusia yang lain tidak dapat memahami bahasa kau?"
Raja Sulaiman bertitah kemas.
"Kerana Tuhan telah simpankan satu rahsia antara makhlukNya. Manusia nampak kami, tetapi tidak nampak jin. Jin nampak semua, tetapi berlainan dunia. Kami pula, nampak semua, berada di dunia sama, tapi tidak bertutur."
"Kenapa semuanya perlu berahsia?"
"Percayalah, ada sesetengah benda yang lebih baik jika tidak diketahui."