Akan ada rasanya yang persoalkan,
"Kenapa buat blog baru?"
"Kenapa blog ni macam emo je?"
"Kenapa tak letak tajuk?"
"Kenapa tak boleh komen?"
"Betul ke ini kau?"
Baiklah.
Aku mempunyai komplikasi bila berseorangan, di hadapan skrin. Macam macam benda yang aku baca, dan macam macam benda yang aku peningkan kepala aku. Jadi aku perlukan satu ruangan khas untuk aku zahirkan apa yang dalam kepala aku, tanpa perlu jejaskan pembaca blog yang satu lagi.
Memang, blog satu lagi ada unsur humor. Tapi tak bermaksud blog ini boleh dilabel 'emo'. Cuma aku gemarkan mainan bahasa. Kau patut cuba. Kerana bagi aku, tulisan yang orang tidak faham boleh menjadi sangat seksi. Serius.
Tak perlu. Isi kandungan akan senang terdedah dengan adanya tajuk. Anggaplah tulisan berwarna merah ialah tajuk bagi setiap masukan.
Tak perlu. Aku tak mahukan pendapat atau carutan kau. Blog ini, biarlah aku seorang yang taip.
Betul, ini aku. Cuma aku segan nak dedahkan. Mungkin sebab blog ini... err... emo...?