23 August 2013

Ada banyak teori dalam dunia yang tak semestinya diamalkan dalam Islam, tapi ada yang terima.

Yin Yang. Feng shui. Karma. Deja vu. Human evolution.

Aku terima cuma satu; karma. Kau percaya pada karma?

Setiap kezaliman yang berlaku, pasti akan menimpa si pelaku.

Iya, selain qada' dan qadar, aku percaya pada yang satu ini.

Siti Rohani Jalaluddin

Penghujung SPM, aku pernah bercinta dengan pemilik nama ini. Lahirnya 15 May 1989, aku ingat lagi. Setahun muda, bererti selepas SPM aku tinggalkan sekolah dan gadis Kuala Pilah ini.

Segalanya berterusan seperti biasa, kami bertemu buat kali kedua apabila aku menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2005 bagi kertas Bahasa Melayu. Masing-masing tersenyum rindu.

Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya. Selepas setahun ketika aku di matrikulasi, aku sekelas pula dengan Anis. Watak yang aku sangkakan telah mencuri hati aku. Aku mula berasa bosan dengan Siti Rohani. Makanya Siti Rohani aku tinggalkan begitu sahaja, dengan alasan cukup remeh. Cukup remeh untuk memutuskan hubungan setahun lebih itu. Percayalah, alasan aku sangat remeh sehingga aku malu untuk terangkan di sini.

Aku percaya Siti Rohani sangat kecewa bila ditinggalkan begitu sahaja. Aku lari darinya. Panggilan tak bersahut. SMS tak berbalas. Aku lari. Nomborku 0192160254 aku buang supaya Siti Rohani tak lagi mencari. Aku lari. Aku tak tahu apa lagi yang Siti Rohani alami selepas itu. Aku lari. Yang penting bagi aku ketika itu, Anis. Aku lari mengejar Anis.

Anis yang rupanya tak pernah sukakan aku. Ya, aku tersedar yang rupanya aku cuma bertepuk sebelah tangan.

Pada ketika itulah, aku teringatkan Siti Rohani. Aku masih ingat nombornya (pada masa itu), jadi aku cuba hubungi dengan menaruh harapan. Nampak tak, betapa budaknya fikiran aku?

Siti Rohani yang pasif, terima aku kembali. Masih aku ingat katanya, "Ani akan tunggu awak sampai bila-bila".

Tapi aku tak pernah bersyukur. Sekali lagi aku tinggalkan Siti Rohani hanya kerana bosan. Cuma kerana bosan. Sehingga sekarang aku pun masih tak dapst terima betapa bodohnya lojik akalku pada ketika itu. Sekali lagi Siti Rohani kecewa.

Yang terakhir aku dengar khabar dari rakannya, Siti Rohani kini sudah pun berumah tangga. Aku lega.

Baiklah.

Masih ingat lagi pasal karma? Pada masa ini aku di universiti, aku sudah mula fahami konsep karma. Pada ketika itulah aku mula rasakan debaran; dalam bentuk apakah karma akan datang kepadaku setelah aku lukakan hati seseorang seperti Siti Rohani?

Sehinggalah hari ini, persoalan aku akhirnya terjawab. Seseorang telah tinggalkan aku ketika aku betul-betul menyayanginya.

Aku terpaksa terima. Hari ini, selepas enam tahun, ini balasan karma untuk aku.

Percayalah, karma tak pernah lupa.