05 May 2011

5.23pagi.

Terdengar suara dari pembesar suara aku terbangkit dari tidur.

Apa yang aku ingat, mimpi tadi. Semasa tidur aku sedang dialun sayup-sayup iqamah.

Aku sedang tidur, dan aku memandang kau memakai telekung dan bersiap siaga untuk mengangkat takbiratul ihram. Di sebelahmu kakakmu, di sebelahnya ibumu.

Terhadapan saf ialah seorang lelaki, tidak kelihatan wajahnya. Yang ada dalam jarak pandangan aku ialah lengan seorang lelaki berbaju melayu biru.

Saat itu aku kecewa.

"Ah, kenapa lelaki lain yang imamkan kamu? Kenapa bukan aku?"

Bangkitnya aku dari tidur, aku ingatkan kembali mimpi itu. Masih sesalkan situasi yang mana aku tidak dipilih menjadi imammu dan terusan bermalas, tidur.

.

.

.

Sekejap.

.

.

.

Kenapa aku tidur di hadapan mereka yang sedang solat?