11 December 2010

"Semasa saya masih kecil,

ibu akan menceritakan

tentang bagaimana Syaitan mengkucar-kacirkan dunia.

Kadang kala, kata ibu, Syaitan akan menjelma diri sebagai manusia,

jadi dia dapat menghukum mereka-mereka yang dicelakakan di atas muka bumi sebelum menuntut nyawa mereka.

Mereka yang dipilih Syaitan akan dikumpulkan bersama

dan diseksa, sementara Syaitan bersembunyi di kalangan mereka, berpura-pura menjadi salah seorang dari mereka.

Saya selalu percaya, yang ibu hanya menceritakan kisah dongeng.

Cerita ibu akan senantiasa dimulakan dengan,

seorang yang membunuh diri seterusnya membuka jalan kehadiran Syaitan.

Dan akan senantiasa juga, diakhiri dengan kematian semua mereka-mereka yang terperangkap."

Tetapi di penghujung cerita, sebelum kami tidur, ibu akan cuba menenangkan kami.

"Jangan risau," kata ibu.

"Jika benar Syaitan itu wujud, bererti benar juga, Tuhan itu ada untuk kita"

"Tuhan itu ada untuk kita."