Kembali menghadap buku kulit tebal.
Dan lembaran penuh nombor dan simbol.
Seorang rakan pernah mengadu yang dia menghabiskan masa dua jam di hadapan skrin kerana tidak tahu bagaimana untuk bermukadimah.
Aku, di sudut sini, mengambil masa dua purnama.
Bagaimana untuk aku bermula?
[ ... ]
Benar, saat saat begini, seorang Melayu memang mudah terlupa perkara paling asas.
Pernah dengar akan lagu nasyid kumpulan Raihan?
"Dimulakan dengan Bismillah..."
Atau bibir aku yang tidak mahu mengucapkannya?
Mungkin. Aku sebenarnya terlalu takut. Takut untuk berasa gusar, takut untuk berlumba dengan masa.
Satu perkara mengingatkan aku, semakin aku takut berlumba dengan masa, semakin jauh masa meninggalkan aku. Bererti, semakin tinggi peluang untuk aku tewas.
Sekadar pembolehubah.