"Aku cinta kamu"
Ada yang mengucapkannya kerana paras fizikal.
Ada yang mengucapkannya kerana sayang.
Ada yang mengucapkannya kerana rindu.
Ada yang mengucapkannya kerana simpati.
Ada yang mengucapkannya, tapi tidak bermaksud.
Ada yang mengucapkannya kerana bosan.
Ada yang mengucapkannya, kemudian disusul dengan air mani.
Ada yang mengucapkannya, kemudian diberi harta.
Ada yang mengucapkannya, tetapi kepada semua orang.
Ada juga yang mengucapkannya kerana terdesak dan tiada pilihan.
Sekarang, kau pilihlah hujah yang terbaik.
Kenapa kau sebut tiga perkataan itu?
[ , ]
Aku pun pernah mengucapkannya, tetapi aku tidak tahu kenapa. Yang aku tahu, aku tujukan tiga perkataan itu kepada engkau dan aku tak tersilap orang. Apa yang aku beri selepas itu kepada kau, tiada pulangan yang aku harapkan. Aku cuma harapkan kau sentiasa tersenyum.
Ah, sekejap. Mungkin itulah sebabnya!
Ini jawapan aku:
Aku mengucapkannya, kerana aku ingin engkau tahu yang sentiasa akan ada orang yang ingin membimbing engkau, yang mampu membuat engkau tersenyum.
*Walaupun dengan menjauhi aku..*
"Ich liebe dich"