27 August 2013

Rasanya dah tiba masa untuk aku berhenti mengadu segala domba perasaan dalam blog ini.

Ia bukan Tuhan.

Kamu pembaca pun bukan Tuhan.

Kamu tahu tak,bila baca benda benda negatif, kamu pun akan terpalit menjadi seorang yang negatif?

Baguslah kalau kamu tahu. Aku tak mahu tanggung.

Sekarang,pergilah buat apa pun yang kamu rasa lebih berfaedah.

Aku mahu terus mencari Tuhan.

Aku dah tahu apa jawapan untuk persoalan dalam blog ini.

"Apa yang kau cari?"

Aku mahu cari Tuhan. Aku mahu berhenti mengadu.

Tuhan kurang suka orang yang kuat mengadu.

Tuhan suka orang yang bersyukur.

Kan Tuhan?

Oh ya,sini bukan Tuhan.

24 August 2013

Kenangan.

Aku akan selalu sukakan kenangan untuk lupakan kejahatan situasi.




"And this could be good
It's already better than that
And nothing's worse
Than knowing you're holding back
I could be all that you need
If you let me try."

"I only said it 'cause I mean it
I only mean 'cause it's true
So don't you doubt what I've been dreaming
'Cause it fills me up and holds me close whenever I'm without you"



I'd do anything to be with you again. 

Anything.
Hari ini ialah August 24 2013

Ini pula, apa yang tertulis pada August 22 2010.

http://encikakmal.blogspot.com/2010/08/hidup-berahsia.html

3 tahun. Sama sahaja ceritanya.

I will move on, but are done yet, Mr. Script Writer?

I'm exhausted. Tired of these tests.

23 August 2013

Ada banyak teori dalam dunia yang tak semestinya diamalkan dalam Islam, tapi ada yang terima.

Yin Yang. Feng shui. Karma. Deja vu. Human evolution.

Aku terima cuma satu; karma. Kau percaya pada karma?

Setiap kezaliman yang berlaku, pasti akan menimpa si pelaku.

Iya, selain qada' dan qadar, aku percaya pada yang satu ini.

Siti Rohani Jalaluddin

Penghujung SPM, aku pernah bercinta dengan pemilik nama ini. Lahirnya 15 May 1989, aku ingat lagi. Setahun muda, bererti selepas SPM aku tinggalkan sekolah dan gadis Kuala Pilah ini.

Segalanya berterusan seperti biasa, kami bertemu buat kali kedua apabila aku menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2005 bagi kertas Bahasa Melayu. Masing-masing tersenyum rindu.

Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya. Selepas setahun ketika aku di matrikulasi, aku sekelas pula dengan Anis. Watak yang aku sangkakan telah mencuri hati aku. Aku mula berasa bosan dengan Siti Rohani. Makanya Siti Rohani aku tinggalkan begitu sahaja, dengan alasan cukup remeh. Cukup remeh untuk memutuskan hubungan setahun lebih itu. Percayalah, alasan aku sangat remeh sehingga aku malu untuk terangkan di sini.

Aku percaya Siti Rohani sangat kecewa bila ditinggalkan begitu sahaja. Aku lari darinya. Panggilan tak bersahut. SMS tak berbalas. Aku lari. Nomborku 0192160254 aku buang supaya Siti Rohani tak lagi mencari. Aku lari. Aku tak tahu apa lagi yang Siti Rohani alami selepas itu. Aku lari. Yang penting bagi aku ketika itu, Anis. Aku lari mengejar Anis.

Anis yang rupanya tak pernah sukakan aku. Ya, aku tersedar yang rupanya aku cuma bertepuk sebelah tangan.

Pada ketika itulah, aku teringatkan Siti Rohani. Aku masih ingat nombornya (pada masa itu), jadi aku cuba hubungi dengan menaruh harapan. Nampak tak, betapa budaknya fikiran aku?

Siti Rohani yang pasif, terima aku kembali. Masih aku ingat katanya, "Ani akan tunggu awak sampai bila-bila".

Tapi aku tak pernah bersyukur. Sekali lagi aku tinggalkan Siti Rohani hanya kerana bosan. Cuma kerana bosan. Sehingga sekarang aku pun masih tak dapst terima betapa bodohnya lojik akalku pada ketika itu. Sekali lagi Siti Rohani kecewa.

Yang terakhir aku dengar khabar dari rakannya, Siti Rohani kini sudah pun berumah tangga. Aku lega.

Baiklah.

Masih ingat lagi pasal karma? Pada masa ini aku di universiti, aku sudah mula fahami konsep karma. Pada ketika itulah aku mula rasakan debaran; dalam bentuk apakah karma akan datang kepadaku setelah aku lukakan hati seseorang seperti Siti Rohani?

Sehinggalah hari ini, persoalan aku akhirnya terjawab. Seseorang telah tinggalkan aku ketika aku betul-betul menyayanginya.

Aku terpaksa terima. Hari ini, selepas enam tahun, ini balasan karma untuk aku.

Percayalah, karma tak pernah lupa.
Dalam ritma berbait dendam, karma berlagu dalam diam.

Karma berlagu dalam diam,dalam kejam janji disulam.
Menari jemari berlagu sepi,esok kan tiba sebalik mentari.
Kau mati ditikam janji.

Disangka hiba dilayan maya, bait diintai perindu setia.
Berperang cerca bertikam kata, minyak menyimbah api membara.

Kala kalah dipinta pemanis, hanya menanti tidak menangis.
Dipanggil anjing digelar tahi, kau berbisik oh kerasnya hati.

Dalam berlari tidak berhenti, ditegur penari alam hakiki.
Kau mengendah mula berdalih. Tidak di sedar kau bersedih.

Kau dalih kau kalih.
Kau letih.

19 August 2013

Rasanya ramai orang tak perasan.

Pada musim puasa dan musim raya, ramai orang menyemai cinta.

Aku tak tahu macam mana lojiknya orang bercinta boleh mengikut musim, tapi aku percaya.

Aku?

Ha ha ha.

Aku pun bercinta, tapi dengan mesej-mesej lama.

Macam yang aku pernah cakap, aku pernah tak sukakan dua hari ini;

hari jadi dan hari raya.

Rasanya lepas apa yang berlaku pada baru-baru ini, aku kembali untuk tidak menyukai dua hari ini.

Oh ya sebelum terlupa, Selamat Hari Raya!
Pernah dengar tak,

"Masa senang, tak ada pun cari kita. Masa susah baru terhegeh-hegeh."

Nasib blog ini, sama dalam situasi di atas. Tak boleh salahkan aku. Rasanya blog ini ditulis dan dikekalkan imej suram kerana sememangnya ia dicipta untuk mood yang melankolik.

Dan ya, aku yang sekarang memang tengah dalam mood yang melankolik.

Iya, salah aku. Semuanya salah aku.

Rasanya aku memang dilahirkan untuk menghiburkan hati semua orang. Kemudian menyakitkan hati orang, dan seterusnya aku kembali ke sini.

Ini kali ke berapa ya? Entahlah.